Sunday, October 11, 2009

PUSAT LATIHAN TINTA ORI-PROFIL SYARIKAT

Pengenalan


Pusat Latihan Tinta Ori (PLTO) ditubuhkan bertujuan meberi latihan kepada individu yang berminat dalam bidang kemahiran. Pelatih akan melalui latihan untuk menjadi seorang yang kompeten dalam bidang yang diceburi agar dapat menyumbang kepada peningkatan mutu produk dalam pekerjaan yang mereka terokai

PUSAT LATIHAN TINTA ORI ( CA0144622-W) atau TINTA ORI didaftar pada 5 Februari 2009 sebagai syarikat milikan perkongsian oleh Puan Rosnah Ahmad dan Cik Roha Hassan, menjawat jawatan Pengarah Urusan bersama.

Objektif Penubuhan

 Menyediakan tenaga pakar dalam pelbagai bidang kemahiran dengan memberi latihan kemahiran kepada pelatih untuk keperluan pekerjaan bidang pengasuhan dan pendidikan pendidikan awal kanak-kanak mengikut Standard Kemahiran Kebangsaan.

 Melatih pelatih dalam bidang kemahiran komunikasi pengurusan dan kemahiran asas terkini sebagai persiapan diri untuk menerokai alam pekerjaan.

 Melahirkan pelatih yang kompeten, kreatif dan mampu melahirkan ciptaan dan penemuan baru untuk meningkatkan mutu kerja.

 Memberi motivasi dan kemahiran asas kepada remaja dan orang dewasa bagi menjalani kehidupan dan kerjaya dengan lebih bermutu

 Memberi kemahiran keibubapaan bagi ibu bapa dan orang dewasa bagi memahami kanak-kanak dan remaja



Prospek Kerjaya Sijil Kemahiran Yang Di tawarkan.

1. Kursus Asas Pengurus Kediaman (KAPK)

Keterangan Kursus

Kursus Asas Pengurus Kediaman (KAPK) bagi Program Pengurus Kediaman (PPK) dibawah Jabatan Pembangunan Wanita (JPW) merupakan program alternatif bertujuan antara lain:-

1. Melatih peserta menjadi pengurus kediaman yang cekap, professional dan berkelayakan

2. Membantu meningkatkan kemahiran dan menjana pendapatan wanita yang berpendapatan rendah dalam sektor perkhidmatan

3. Menyediakan khidmat pengasuh professional

4. Mengurangan pengambilan warga asing untuk menjaga dan mengasuh kanak-kanak

5. Meningkatkan ilmu kemahiran dalam pemantapan institusi keluarga

Program latihan ini dijalankan selama 14 hari dan seramai 30 orang wanita tempatan yang berumur 18-55 tahun akan mengikuti latihan setiap siri. Para peserta haruslah menjalani pemeriksaan kesihatan dan tiada mempunyai sebarang rekod jenayah. Peserta akan dibiayai sepenuhnya oleh Jabatan Pembangunan Wanita ( termasuk tempat tinggal, makan dan bahan kursus ) dan mereka yang berjaya akan dianugerahkan Sijil Pengurus Kediaman dan Kad Professional pengurus Kediaman

Kaedah perlaksanaan program latihan adalah dalam bentuk syarahan, main peranan, perbindangan dan simulasi. Aspek-aspek latihan termasuk :-

- Prinsip dan konsep, profesionalisme dan etika dalam profesyen Pengurusan Kediaman serta prosek kerjaya sebagai Pengurus Kediaman

- Perkembangan manusia-lahir hingga berusia

- Memahami keluarga dan keperluan

- Pengurusan kediaman

- Pemakanan dan kesihatan,

- Penjagaan kesihatan dan pencegahan kemalangan.

Peluang Pekerjaan :

Pertumbuhan pesat industri perkhidmatan memberi membuka peluang pekerjaan yang luas kepada pengurus kediaman untuk bekerja di rumah, taska, pusat jagaan, rumah orang-orang tua, hotel dan lain-lain bidang perkhidamatan yang berkaitan. Mereka juga boleh mengusahakan perniagaan sendiri seperti menyediakan perkhidmatan membersih, mengemas atau mengasuh.


2. Kursus Asas Asuhan Kanak-kanak (KAAK)

Keterangan Kursus :

Kursus 17 hari ini melatih pelatih cara penjagaan, pegasuhan dan pendidikan kanak-kanak dari lahir hingga 4 tahun. Latihan termasuk syarahan, main peranan, demonstrasi dan praktikal. Yuran kursus: RM 480 (tidak termasuk makan dan tempat tinggal). Peserta akan dianugerahkan sijil kehadiran dan sijil lulus (setelah lulus amali dan peperiksaan akhir).

Peluang Pekerjaan :

Pertumbuhan pesat institusi pendidikan awal kanak-kanak memberi membuka peluang pekerjaan yang luas kepada pengasuh untuk bekerja dengan taska, pusat jagaan dan tadika sebagai pengasuh mahir atau menjadi penyelia. Mereka juga boleh mengusahkan perniagaan sendiri seperti menubuhkan taska.



WAKTU OPERASI


Bermula jam 8.00 pagi hingga 6.00 petang

Hari Isnin hingga Sabtu.



LOKASI PUSAT LATIHAN DAN PEJABAT URUSAN


B 32, TINGKAT 2, LORONG IM 5/2,

BANDAR INDERA MAHKOTA, 25200 KUANTAN,

PAHANG DARUL MAKMUR
(Atas bank simpanan nasioal cawangan Bandar Indera Mahkota)

(Cuma 15 min perjalanan dari pusat bandar, berhampiran bank dan lot kedai Bandar Indera Mahkota dengan banyak kemudahan)