Saturday, March 21, 2015

Majlis Penutup Kursus Asuhan Permata Kohort6

Majlis Penutup Kursus Asuhan Permata
21 Mac 2015
1130 pagi-2.00 ptg
Tempat:Pusat Latihan Tinta Ori

Seramai 28 orang peserta Kohort 6 berjaya menamatkan Kursus Asuhan Permata anjuran Pusat Latihan Tinta Ori dengan kerjasama Persatuan Pengasuh Negeri Pahang  (PPNP) dan sokongan Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri Pahang.
Peserta terdiri dari pengasuh taska dan bakal pengusaha taska.

Majlis penutupan disempurnakan oleh Tuan Haji Hamazah bin Mohamad, Pegawai Kebajikan Masyarakat Daerah Kuantan. Turut Hadir Puan Rosnah Ahmad, Pengurus Pusat Latihan Tinta Ori, Puan Hasnah Abu Kassim dan setiausaha PPNP, Puan Rohana Mahat, penolong setiausaha PPNP.

Puan Rosnah dalam ucapan aluannya menyeru peserta supaya menjana transformasi diri dengan mempunyai hala tuju dan matlamat yang jelas dalam kerjaya pengasuhan. Beliau juga meminta peserta membaharui niat, membina kekuatan dan keyakinan, merebut peluang dan sentiasa memperbaiki diri.

Antara ucapan Tuan Haji Hamazah adalah supaya menghayati bait-bait lagu permata iaitu suara hati anak asuhan dan didikan.
Beliau menyeru semua peserta menyantuni kanak-kanak dengan penuh kasih sayang kerana ia adalah sangat penting dalam asuhan dan didikan bagi melahirkan modal insan berkualiti.

Majlis diserikan juga oleh persembahan peserta, cabutan bertuah dan penyampaian sijil.

Majlis disudahi dengan jamuan makan tengahari.

Lirik Lagu PERMATA

Semenjak di dalam kandungan lagi
Dibekal tuhan bakat tersendiri
Seawal usia, perhatian harus diberi
Dewasa kelak teguh peribadi

Kanak-kanak PERMATA berharga
Jika digilap pasti bercahaya
Umpama benih disemai dibaja
Kecenderungannya usah dipersia

Kanak-kanak PERMATA bahagia
Kamilah harapan Malaysia tercinta
Siapa kami di masa hadapan
Asasnya didikan seta dorongan

Kanak-kanak PERMATA bahagia
Kamilah harapan Malaysia tercinta
Siapa kami di masa hadapan
Asasnya didikan seta dorongan
(Ulang Korus)

Pencipta: Pak Ngah
Lirik: Habsah Hassan